1MALAYSIA

1MALAYSIA
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Sunday 16 August 2015

PERANAN MASYARAKAT MALAYSIA DALAM MEMUPUK PERPADUAN DENGAN MENGGUNAKAN KONSEP GAGASAN 1MALAYSIA

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN











Gagasan 1Malaysia

   Gagasan 1Malaysia diperkenalkan pada 3hb April 2009 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-enam, Dato’ Seri Najib Tun Abd.Razak. 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula untuk memastikan aspirasi negara iaitu “Wawasan 2020” dapat dicapai.Gagasan 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalan-kan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

     Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

    1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Maksud Rakyat Didahulukan dalam Gagasan 1Malaysia ialah merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. NKRA tersebut ialah :



•Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
• Mengurangkan kadar jenayah.
• Memerangi rasuah.
• Meningkatkan taraf hidup rakyat ber-pendapatan rendah.
• Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman.
• Menambah baik pengangkutan awam.
• Sementara   bagi   maksud   Pencapaian
Diutamakan pula merujuk kepada komitmen kerajaan dalam meletakkan sasaran terhadap pancapaian bagi setiap NKRA.



Lagu 1Malaysia





Objektif Utama Gagasan 1Malaysia


1Malaysia adalah satu gagasan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiapa rakyat Malaysia. 1Malaysia adalah penerusan agenda pembinaan negara menerusi perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Gagasan 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti yang berikut :
  • ASPEK PERTAMA : PENERAPAN TERAS TERAS PERPADUAN

Teras perpaduan akan menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukung oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.
  • ASPEK KEDUA : PENERAPAN NILAI-NILAI ASPIRASI

Teras Nilai-nilai Aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan matang.



 HUBUNGAN GAGASAN 1MALAYSIA DENGAN DASAR-  

DASAR KERAJAAN TERDAHULU

 

  •  Perkaitan antara Gagasan 1Malaysia dan dasar-dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan,   Pencapaian   Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
  •  Gagasan ini bukanlah suatu perkara baru.  Sebaliknya   1Malaysia  merupakan satu   usaha   yang   telah   lama   diamalkan.  Usaha-usaha   memelihara   dan   menjaga kepentingan   rakyat   serta   negara   sudah dilaksanakan   sejak   zaman   Tunku   Abdul Rahman Putra Al-Haj.
  •  Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.


    MATLAMAT


1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

• Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.


 Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

     HURAIAN


 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan hubungan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.

• 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, kebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
• 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
• Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
• Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
• Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.  Malaysia  merupakan sebuah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman     politik.    Semua     kaum     perlu menganggap bahawa mereka adalah  bangsa  Malaysia di mana segalanya  perlu dinikmati    secara    bersama. Setiap  ahli dalam masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan  dan  mendapat  pembelaan kerajaan yang sewajarnya.
• 1Malaysia  adalah pemangkin kepada pewujudan   negara  bangsa  yang dapat  melahirkan  rakyat  yang  mempunyai  sikap kesamaan    dan    kekitaan  antara satu sama lain.Keupayaan   membina   negara bangsa bergantung kepada  perkongsian nilai  integriti,  kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
• Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai  1Malaysia, iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi.




CABARAN-CABARAN DALAM MEREALISASIKAN GAGASAN MALAYSIA 

 

       Implementasi kerajaan dalam melancarkan dan melaksanakan konsep 1Malaysia sememangnya merupakan suatu inisiatif yang baik, namun bolehdikatakan strategi dan pelan tindakan mereka tidak begitu memuaskan.Mengenai usaha untuk mendidik dan menyemai perasaan kekitaan melalui konsep 1Malaysia bukannya mudah. Ia memerlukan perancangan yang rapidan memakan masa yang lama. Hal ini kerana bukan mudah untuk mendidik masyarakat menuju ke arah perpaduan dan mempunyai nilai-nilai murni. Inidisebabkan golongan masyarakat adalah manusia yang mempunyai akal fikiran yang berlainan, dan juga mempunyai hati dan perasaan. Mereka bukanlah sebuah robot yang boleh diprogramkan untuk menurut sesuatu kehendak dan tujuan.

       Jadi, perancangan jangka pendek dan dibuat secara tergesa-gesa akanmembawa kepada hasil yang tidak akan mencapai matlamatnya, sebaliknya ia akan membawa kepada signifikan yang negatif kepada kerajaan, khususnyayang menjadi batu asas kepada penubuhan dan pelaksanaan konsep 1Malaysiaini. Imej kerajaan akan tercalar jika konsep ini tidak memberi sebarang perubahan kepada masyarakat dan negara; dan kerajaan akan menerima kritikan daripada rakyatnya sendiri serta daripada negara dan masyarakat luar akibat sambutan yang kurang memuaskan dan idea yang tidak begitu baik serta banyak wang RM (Ringgit Malaysia) yang diguna-pakai bagi menjayakannya.

      Terdapat segelintir golongan masyarakat yang mempunyai persepsinegatif terhadap konsep 1Malaysia. Bahkan konsep ini dianggap sebagai suatu propaganda daripada pihak kerajaan dalam usaha untuk menarik pengaruh rakyat supaya mendapat hasil yang positif dalam pilihanraya akan datang.Mereka yang bersikap negatif ini lazimnya terdiri daripada golongan 
yang menjadi pembangkang kepada kerajaan dan dengan pandangan stereotaip terhadap kerajaan, mereka sudah pasti akan menolak pendekatan kerajaan ini tanpa mengetahui intipati dan maklumat yang ada dalam konsep 1Malaysia.

        Dalam pada itu, sebahagian masyarakat Malaysia juga dilihat kurang begitu mengendahkan dan memberi perhatian kepada pelancaran danpelaksanaan konsep 1Malaysia ini. Mereka berpendapat bahawa konsep initidak mempunyai perkaitan dalam kehidupan masyarakat. Kehidupan merekayang sibuk, kurang memberi perhatian kepada perkara yang dalam pandanganmereka dianggap remeh ini. 

         Jadi, persepsi yang negatif daripada segelintir golongan dan sikap kurang ambil peduli daripada sebagian masyarakat – bila tidak diambil kira dan ditadbir dengan baik dan cekap – akan mempengaruhi rakyat Malaysia supaya tidak memberi perhatian dan pelaksanaan terhadap konsep 1Malaysia ini.




PERANAN REMAJA DALAM MEREALISASIKAN GAGASAN 1MALAYSIA


     Untuk merealisasikan gagasan 1 Malaysia golongan remaja perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Dengan menguasai ilmu pengetahuan baharu 
golongan remaja akan mempunyai sifat berdaya saing, berfikiran kreatif dan inovatif serta dapat menyelesaikan sesuatu perkara dengan baik selaras dengan perkembangan zaman. Penguasan ilmu pengetahuan bertujuan untuk membolehkan remaja menjadi insan cemerlang dari pelbagai aspek terutamanya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Selain itu, remaja juga perlu mengamalkan semangat perpaduan, bantu membantu dan perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap-sikap ini dapat menjadikan remaja Malaysia bersatu padu dalam mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong gagasan 1 Malaysia. Golongan remaja juga perlu bersikap toleransi dan memahami budaya dan agama masyarakat lain di negara ini. Sikap toleransi ini membolehkan remaja bergerak seiring dengan perkembangan zaman untuk membangunkan negara bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
  Di samping itu, remaja haruslah memantapkan sahsiah diri agar menjadi insan yang berguna untuk keluarga, masyarakat dan negara dengan mengamalkan budaya sopan santun dalam kehidupan seharian mereka. Remaja  juga perlu melengkapkan diri dengan ajaran agama dan pendidikan moral bagi mengelakkan remaja dari terlibat dalam gejala-gejala negatif dan masalah sosial yang boleh memudaratkan kehidupan remaja pada masa hadapan. Remaja perlu mempunyai jati diri yang kuat bagi menangkis segala gejala negatif di sekeliling mereka.
  Akhir sekali , golongan remaja perlu memerah otak dan keringat agar dapat memberikan idea, buah fikiran dan juga pandangan untuk menyatupadukan masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana, 70 peratus daripada masyarakat Malaysia terdiri daripada golongan remaja. Golongan ini perlu berfikiran kreatif dan inovatif bagi menjulang nama negara dalam apa-apa bidang sekalipun dan dapat berbakti kepada diri, keluarga, negara dan juga agama. Pepatah menyatakan "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". 
Seterusnya, golongan remaja perlu menghayati dan mengamalkan rukun negara. Aspek rukun negara bukan hanya menjadi sebutan atau meniti dibibir sahaja tetapi perlu dihayati dan diamalkan agar menjadi warganegara yang berintegriti dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Remaja perlu berusaha dalam membentuk diri menjadi modal insan yang cemerlang agar disanjung oleh masyarakat. Golongan remaja juga perlu berusaha mempersiapkan diri untuk memacu negara ke arah wawasan 2020.

Kesimpulannya, remaja merupakan aset negara yang paling bernilai dan menjadi tunggak utama dalam menjayakan konsep gagasan 1 Malaysia. Tetapi dalam mencapai matlamat tersebut, semua pihak perlu berkerjasama dalam menjayakan konsep gagasan 1 Malaysia. Usaha yang berterusan  oleh semua pihak akan menjadikan remaja hari ini sebagai pemimpin yang berkaliber pada masa hadapan.



PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN GAGASAN 1MALAYSIA


Guru mempunyai peranan paling utama untuk menanam dan menyemarakkan semangat 1Malaysia di kalangan generasi muda khususnya di peringkat sekolah rendah.Tugas guru bukan sekadar mengajar tetapi berperanan menerapkan nilai perpaduan, patriotisme dan penerimaan antara kaum,Guru akan menjadi penyumbang utama kepada kejayaan kita dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia seperti mana yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Anak-anak perlu dididik agar menghargai kemajmukan di negara ini dan menerima antara satu sama lain sebagai warganegara.

Tugas untuk menyemai semangat tersebut memerlukan komitmen yang tinggi serta tidak berbelah-bahagi di kalangan para guru.Jelasnya, seiring dengan tugas serta peranan yang dipikul oleh guru, kerajaan akan melakukan yang terbaik bagi membalas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai itu.Antaranya,menyediakan kemudahan serta insentif kepada guru, serta yang terbaru dengan menambah kuota guru cemerlang bagi guru siswazah dan bukan siswazah.Melalui bantuan sistem pendidikan kebangsaan sedia ada, generasi 1Malaysia mampu dilahirkan sejajar dengan matlamat untuk melahirkan modal insan cemerlang.

Dengan adanya keseimbangan antara ekuiti dan kualiti pendidikan serta kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan,Sistem pendidikan menyumbang kepada gagasan 1Malaysia,




PERANAN MASYARAKAT DAN KERAJAAN DALAM MEREALISASIKAN GAGASAN 1MALAYSIA




Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.Misalnya masyarakat orang asli lebih bersaing dalam bidang pendidikan agar mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum lain.Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.Malah, contoh lain yang boleh dilihat dalam fenomena masyarakat kini lebih terarah kepada bangsa Melayu.Bangsa Melayu tidak wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara - perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka perlu melakukan perkara yang sama.

  Sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Sebagai contoh, mengadakan majlis rumah terbuka bagi setiap perayaan utama seperti Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Penerimaan kaum amat penting dalam membentuk perpaduan negara. Konsep segregasi wajar dilupuskan dalam setiap kaum. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. Justeru, sekiranya pandangan yang diutarakan oleh kaum lain diutarakan, maka perbincangan 1Malaysia perlu dilaksanakan.
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan kepada negara sememangnya penting. Pemahaman kepada konsep Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara telah lama mendasari kehidupan kita sebagai warga Malaysia. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat - menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Secara tuntasnya, apa yang dinikmati kini adalah hasil nikmat bersama dan seharusnya keamanan ini diusahakan sepenuh daya dan tenaga iaitu dengan memainkan peranan sebaik mungkin menerusi sifat – sifat dan ciri – ciri rakyat 1Malaysia yang berkualiti.

Peranan kerajaan dalam membentuk perpaduan negara juga sebenarnya bukan hanya terletak di bahu pemimpin semata – mata tetapi juga kepada dasar – dasar dan program – program yang direncanakan. Sebagai contoh, Program Trasformasi Kerajaan yang menggariskan Pelan Hala Tuju Negara yang turut menyentuh konsep perpaduan nasional dan semangat integriti. Malah, Model Ekonomi Baru dan Petunjuk Keberhasilan Utama (KPI) dilihat sebagai wahana terbaik bagi mengukuhkan perpaduan nasional yang mantap ekoran beberapa penekanan yang diambil bagi merealisasikan impian 1Malaysia. Selain itu, program Sahabat 1Malaysia yang dijalankan dengan kerjasama syarikat – syarikat swasta seperti Eon Bank Group dan England Opticals Group di bawah kelolaan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan adalah salah satu peranan atau usaha kerajaan dalam menggalakkan gagasan 1Malaysia.




VIDEO 1 MALAYSIA


                                   

  •     Bantuan Rakyat 1Malaysia (BM)

                              
  •       Klinik Bergerak 1Malaysia (BM)




  •   Baucar Buku 1Malaysia (BM)










  • 1Malaysia Pasar Malam




 KESIMPULAN



      Konsep 1Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah pe-rasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

• Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

• Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui Gagasan 1Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

• Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

• Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan  dan kekitaan bagi menjayakan konsep ini.




RUJUKAN


http://www.1malaysia.com.my/
http://zurainamazuki.blogspot.com/2012/11/cabaran-dalam-membina-amalan-1-malaysia.html?m=1
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/7084-1malaysia-rakyat-didahulukan-pencapaian-diutamakan.html
http://1malaysia.com.my/video-gallery




AHLI KUMPULAN :


  • VEERAN RAJ A/L POLAIAH













  • ARVEND A/L MUNIANDY













  • SHANKAR A/L DAHANARAJ






















  • PORNARAO A/L KUMARARAO






 


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete