Implementasi kerajaan dalam melancarkan dan melaksanakan konsep 1Malaysia sememangnya merupakan suatu inisiatif yang baik, namun bolehdikatakan strategi dan pelan tindakan mereka tidak begitu memuaskan.Mengenai usaha untuk mendidik dan menyemai perasaan kekitaan melalui konsep 1Malaysia bukannya mudah. Ia memerlukan perancangan yang rapidan memakan masa yang lama. Hal ini kerana bukan mudah untuk mendidik masyarakat menuju ke arah perpaduan dan mempunyai nilai-nilai murni. Inidisebabkan golongan masyarakat adalah manusia yang mempunyai akal fikiran yang berlainan, dan juga mempunyai hati dan perasaan. Mereka bukanlah sebuah robot yang boleh diprogramkan untuk menurut sesuatu kehendak dan tujuan.
Jadi, perancangan jangka pendek dan dibuat secara tergesa-gesa akanmembawa kepada hasil yang tidak akan mencapai matlamatnya, sebaliknya ia akan membawa kepada signifikan yang negatif kepada kerajaan, khususnyayang menjadi batu asas kepada penubuhan dan pelaksanaan konsep 1Malaysiaini. Imej kerajaan akan tercalar jika konsep ini tidak memberi sebarang perubahan kepada masyarakat dan negara; dan kerajaan akan menerima kritikan daripada rakyatnya sendiri serta daripada negara dan masyarakat luar akibat sambutan yang kurang memuaskan dan idea yang tidak begitu baik serta banyak wang RM (Ringgit Malaysia) yang diguna-pakai bagi menjayakannya.
Terdapat segelintir golongan masyarakat yang mempunyai persepsinegatif terhadap konsep 1Malaysia. Bahkan konsep ini dianggap sebagai suatu propaganda daripada pihak kerajaan dalam usaha untuk menarik pengaruh rakyat supaya mendapat hasil yang positif dalam pilihanraya akan datang.Mereka yang bersikap negatif ini lazimnya terdiri daripada golongan
yang menjadi pembangkang kepada kerajaan dan dengan pandangan stereotaip terhadap kerajaan, mereka sudah pasti akan menolak pendekatan kerajaan ini tanpa mengetahui intipati dan maklumat yang ada dalam konsep 1Malaysia.
Dalam pada itu, sebahagian masyarakat Malaysia juga dilihat kurang begitu mengendahkan dan memberi perhatian kepada pelancaran danpelaksanaan konsep 1Malaysia ini. Mereka berpendapat bahawa konsep initidak mempunyai perkaitan dalam kehidupan masyarakat. Kehidupan merekayang sibuk, kurang memberi perhatian kepada perkara yang dalam pandanganmereka dianggap remeh ini.
Jadi, persepsi yang negatif daripada segelintir golongan dan sikap kurang ambil peduli daripada sebagian masyarakat – bila tidak diambil kira dan ditadbir dengan baik dan cekap – akan mempengaruhi rakyat Malaysia supaya tidak memberi perhatian dan pelaksanaan terhadap konsep 1Malaysia ini.
No comments:
Post a Comment