1MALAYSIA

1MALAYSIA
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Sunday 27 September 2015

Huraian

 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan hubungan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.

• 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, kebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
• 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
• Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
• Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
• Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.  Malaysia  merupakan sebuah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman     politik.    Semua     kaum     perlu menganggap bahawa mereka adalah  bangsa  Malaysia di mana segalanya  perlu dinikmati    secara    bersama. Setiap  ahli dalam masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan  dan  mendapat  pembelaan kerajaan yang sewajarnya.
• 1Malaysia  adalah pemangkin kepada pewujudan   negara  bangsa  yang dapat  melahirkan  rakyat  yang  mempunyai  sikap kesamaan    dan    kekitaan  antara satu sama lain.Keupayaan   membina   negara bangsa bergantung kepada  perkongsian nilai  integriti,  kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
• Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai  1Malaysia, iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi.

No comments:

Post a Comment