1MALAYSIA

1MALAYSIA
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Sunday 27 September 2015

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN GAGASAN 1MALAYSIA

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN GAGASAN 1MALAYSIA


Guru mempunyai peranan paling utama untuk menanam dan menyemarakkan semangat 1Malaysia di kalangan generasi muda khususnya di peringkat sekolah rendah.Tugas guru bukan sekadar mengajar tetapi berperanan menerapkan nilai perpaduan, patriotisme dan penerimaan antara kaum,Guru akan menjadi penyumbang utama kepada kejayaan kita dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia seperti mana yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Anak-anak perlu dididik agar menghargai kemajmukan di negara ini dan menerima antara satu sama lain sebagai warganegara.

Tugas untuk menyemai semangat tersebut memerlukan komitmen yang tinggi serta tidak berbelah-bahagi di kalangan para guru.Jelasnya, seiring dengan tugas serta peranan yang dipikul oleh guru, kerajaan akan melakukan yang terbaik bagi membalas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai itu.Antaranya,menyediakan kemudahan serta insentif kepada guru, serta yang terbaru dengan menambah kuota guru cemerlang bagi guru siswazah dan bukan siswazah.Melalui bantuan sistem pendidikan kebangsaan sedia ada, generasi 1Malaysia mampu dilahirkan sejajar dengan matlamat untuk melahirkan modal insan cemerlang.

Dengan adanya keseimbangan antara ekuiti dan kualiti pendidikan serta kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan,Sistem pendidikan menyumbang kepada gagasan 1Malaysia,




PERANAN MASYARAKAT DAN KERAJAAN DALAM MEREALISASIKAN GAGASAN 1MALAYSIA




Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.Misalnya masyarakat orang asli lebih bersaing dalam bidang pendidikan agar mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum lain.Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.Malah, contoh lain yang boleh dilihat dalam fenomena masyarakat kini lebih terarah kepada bangsa Melayu.Bangsa Melayu tidak wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara - perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka perlu melakukan perkara yang sama.

  Sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Sebagai contoh, mengadakan majlis rumah terbuka bagi setiap perayaan utama seperti Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Penerimaan kaum amat penting dalam membentuk perpaduan negara. Konsep segregasi wajar dilupuskan dalam setiap kaum. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. Justeru, sekiranya pandangan yang diutarakan oleh kaum lain diutarakan, maka perbincangan 1Malaysia perlu dilaksanakan.
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan kepada negara sememangnya penting. Pemahaman kepada konsep Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara telah lama mendasari kehidupan kita sebagai warga Malaysia. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat - menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Secara tuntasnya, apa yang dinikmati kini adalah hasil nikmat bersama dan seharusnya keamanan ini diusahakan sepenuh daya dan tenaga iaitu dengan memainkan peranan sebaik mungkin menerusi sifat – sifat dan ciri – ciri rakyat 1Malaysia yang berkualiti.

Peranan kerajaan dalam membentuk perpaduan negara juga sebenarnya bukan hanya terletak di bahu pemimpin semata – mata tetapi juga kepada dasar – dasar dan program – program yang direncanakan. Sebagai contoh, Program Trasformasi Kerajaan yang menggariskan Pelan Hala Tuju Negara yang turut menyentuh konsep perpaduan nasional dan semangat integriti. Malah, Model Ekonomi Baru dan Petunjuk Keberhasilan Utama (KPI) dilihat sebagai wahana terbaik bagi mengukuhkan perpaduan nasional yang mantap ekoran beberapa penekanan yang diambil bagi merealisasikan impian 1Malaysia. Selain itu, program Sahabat 1Malaysia yang dijalankan dengan kerjasama syarikat – syarikat swasta seperti Eon Bank Group dan England Opticals Group di bawah kelolaan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan adalah salah satu peranan atau usaha kerajaan dalam menggalakkan gagasan 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment